Wednesday 30 November 2011

CONTOH PENGGUNAAN PERUMPAMAAN DALAM PENULISAN.

Laporan Hari Kantin
Sekolah Kebangsaan Jalan Reko.

     Sekolah Kebangsaan Jalan Reko memerlukan peruntukan untuk melengkapkan bahan-bahan bacaan di Pusat Sumbernya.Sehubungan dengan itu, Persatuan Ibu Bapa dan Guru, sekolah tersebut telah bersetuju mengadakan Hari Kantin untuk mengumpulkan wang bagi tujuan tersebut. Hari Kantin itu diadakan pada hari Sabtu yang lalu. 

    Seminggu sebelum itu, murid-murid dan guru-guru giat mengadakan promosi di luar sekolah. Kain rentang memenuhi pagar-pagar sekolah manalaka poster-poster ditampal di tempat-tempat awam. 

   Tujuh buah gerai telah dibuka pada hari tersebut. Antaranya termasuklah gerai makanan, gerai minuman, gerai buah-buahan dan gerai makanan ringan. Terdapat juga gerai jualan lambak seperti menjual cakera padat, pakaian dan majalah-majalah lama. 

   Orang ramai membanjiri majlis itu. Mereka berbelanja menggunakan kupon RM1.00, RM2.00 dan RM5.00. Semua makanan dan barangan dijual pada harga mati. Guru-guru dan murid-murid bertungkus lumus menjalankan tugas masing-masing pada hari tersebut. Mereka "bagaikan aur dengan tebing" dalam menjayakan Hari Kantin tersebut.      

   Hari Kantin itu berakhir pada jam 5 petang. Selepas Hari Kantin itu tamat, murid-murid, ibu bapa dan guru-guru bergotong-royong membersihkan kawasan padang sekolah yang dijadikan tapak gerai. Walaupun penat, mereka tetap gembira. Hal ini demikian kerana, usaha mereka telah menghasikan pulanganyang agak lumayan. Hasrat mereka untuk mengumpulkan wang bagi melerkapkan bahan-bahan bacaan di Pusat Sumber sekolah tersebut telah tercapai.

Sekian, terima kasih.

Dilaporkan oleh,                                                                         22 FEBRUARI 2011



(ZAMANI BIN JOHARI)
Setiausaha Hari Kantin 2011
SK Jalan Reko

No comments:

Post a Comment